Pengenalan
Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam proses perkembangan agama Buddha, agama ini praktis telah menyentuh hampir seluruh benua Asia. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravada, Mahayana, dan Vajrayana (Bajrayana).
Latar Belakang dan Kehidupan Buddha
Menurut tradisi Buddha, tokoh historis Buddha Siddharta Gautama dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha (546-324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Ia juga dikenal dengan nama Sakyamuni.
Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan ayahnya, raja Kapilavastu (kemudian hari digabungkan pada kerajaan Magadha), Siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan membuat kesimpulan bahawa kehidupan nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak ada ertinya lalu menjadi seorang pertapa. Kemudian Baginda berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, dan lalu mencari jalan tengah (majhima patipada ). Jalan tengah ini merupakan sebuah kompromis antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan bertapa yang terlalu menyeksa diri.
Di bawah sebuah pohon bodhi, Baginda berkaul tidak akan pernah meninggalkan posisinya sehingga menemui Kebenaran. Pada usia 35 tahun, Baginda mencapai Pencerahan. Pada saat itu Baginda dikenal sebagai Gautama Buddha, atau “Buddha”(secara harafiah: orang yang telah mencapai Penerangan Sempurna).
Untuk 45 tahun selanjutnya, Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya tanpa berhenti di merata-rata tempat.
Sejarah Buddhisme di Malaysia
Sejarah Buddhisme di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 peringkat:
1. PERINGKAT AWAL:
Pada awal kurun Masihi, seperti yang disebutkan oleh Dr. Coedes dalam bukunya, Indianized States of South East Asia, “Warisan kebudayaan Orang India di Asia Tenggara dapat dibuktikan daripada corak kebudayaan yang terdapat di Semenanjung dan Tanah Besar Asia Tenggara; Bahasa Sanskrit telah menjadi ansur bahasa tempatan; dan unsur-unsur tradisi orang India masih terdapat di negara-negara yang bertukar kepada Islam.” Tetapi Prof. D.G.E. Hall, dalam bukunya A History of South East Asia, percaya bahawa kebanyakan tradisi India telah mengubahsuai apabila bertentangan dengan tradisi tempatan, misalnya sistem kasta tidak pernah dipraktikkan di sini. Akan tetapi fakta ini tidak boleh dihapuskan iaitu aktiviti perdagangan dan perniagaan telah menarik ramai pedagang India datang berdagang di Asia Tenggara. Pedagang-pedagang ini membawa bersama kebudayaan, ugama serta kesenian mereka ke rantau ini.
Banyak barangan yang digali dari tanah oleh ahli arkeologi membuktikan bahawa bahagian utara Tanah Melayu, iaitu Negeri Kedah, pernah dipengaruhi oleh kebudayaan awal Buddhisme.
Pada pertengahan kurun ke 3 sebelum masihi, selepas Kausil Buddhis Ketiga, Maharaja Asoka telah menghantar dua orang Bhiksu, iaitu Ven. Sona dan Ven. Uttara datang ke rantau ini untuk menyebarkan agama Buddha.
Pada kurun yang ke 5, Buddhisme telah berkembang dengan baik di Semenanjung Melayu. Exkavasi arkeologi bukan hanya terhad di Kedah sahaja, tetapi didapati di Kuala Selinsing, Tanjung Rambutan, Lembah Kinta, Bidor dan Sungai Siput di Perak, di Perlis dan juga di Pahang.
Langkasuka merupakan sebuah negara Buddhis yang pertama, ia ditubuhkan pada kurun masihi ke 2 dan berpusat di Banjaran Gunung Jelai, kemudian ia mengembangkan kuasanya ke bahagian Selatan Negeri Thai.
Pada kurun ke 7, Buddhisme Mahayana telah menjadi sistem Buddhisme yang lebih diterima oleh rakyat Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa itu, Tanah Melayu berada di bawah kuasa Srivijaya, sebuah empayar Buddhis yang berpusat di Pulau Jawa.
Agama Hindu telah mengalami kebangkitan semula di India pada kurun ke 10, maka Agama Buddha kehilangan sokongan yang diberi oleh istana serta golongan bangsawan. Kejatuhan pengaruhnya di India telah mempengaruhi kekuasaannya di Asia Tenggara. Pada akhir abad ke 12, empayar Srivijaya mengalami kejatuhan, begitu juga halnya dengan pengaruh Buddhisme. Pada awal kurun ke 10, Parameswara mendirikan Empayar Melaka. Apabila Parameswara dan Raja-Raja lain menganuti Agama Islam, agama tersebut telah menjadi agama utama di rantau ini. Sehingga abad ke 15, Islam telah berjaya mengambil alih kedudukan Buddhisme sebagai agama yang utama diterima oleh istana dan rakyat biasa, lantas Buddhisme di Tanah Melayu pada masa itu mengalami kemerosotan.
Walaupun begitu, masih terdapat banyak peninggalan kebudayaan Buddhisme di Kedah, Perlis dan Kelantan akibat pengaruh Negeri Thai. Unsur-unsur Buddhisme masih terbukti dalam drama Menora dan wayang kulit.
2. PERINGKAT KOMTEMPORARI:
Penghijrahan beramai-ramai orang China ke Tanah Melayu pada abad ke 17 merupakan arus ombak yang kedua. Pada masa itu, Buddhisme hanya merupakah upacara amalan yang penuh dengan kepercayaan dan kebudayaan Cina. Hanya pada tahun 1950, barulah terdapat penganut Buddha yang cuba meningkatkan status dan kedudukan Buddhisme. Dengan tertubuhnya banyak organisasi buddhis, termasuk YBAM (Young Buddhist Association of Malaysia) dan MBA (Malaysian Buddhist Association), maka wujudlah satu suasana yang baru yang menyatupadukan para Buddhis.
Satu perkembangan lain yang penting ialah terdapatnya pengaliran masuk bentuk-bentuk Buddhisme yang dipengaruhi oleh kebudayaan-kebudayaan Thai, Sri Langka, Burma, Jepun dan Tibet. Ini telah membentuk Buddhisme di Malaysia yang pelbagai rupa bentuk.
Kesimpulan
Buddha adalah benar sama rata kepada semua. Setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, semuanya dianggap sama rata dalam mata Buddha. Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat.
Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah berkata: Keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai.
Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Buddha
http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah_agama_Buddha
http://wapedia.mobi/id/Buddhisme
http://www.slideshare.net/katherine0111/agama-buddha-2047661
http://dhamma-bm.tripod.com/am/sejarah.htm
http://wapedia.mobi/id/Sejarah_agama_Buddha?t=4.
.http://74.125.153.132/search?q=cache:fe_ATowMUWAJ:images.fazaly.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/So-PAQoKCJEAAAyqlHw1/zTugas%2520Sejarah.docfzl.doc%3Fnmid%3D277222991+sejarah+agama+buddha&cd=200&hl=en&ct=clnk&gl=my
Essay Writing Service Features
Our Experience
No matter how complex your assignment is, we can find the right professional for your specific task. Contact Essay is an essay writing company that hires only the smartest minds to help you with your projects. Our expertise allows us to provide students with high-quality academic writing, editing & proofreading services.Free Features
Free revision policy
$10Free bibliography & reference
$8Free title page
$8Free formatting
$8How Our Essay Writing Service Works
First, you will need to complete an order form. It's not difficult but, in case there is anything you find not to be clear, you may always call us so that we can guide you through it. On the order form, you will need to include some basic information concerning your order: subject, topic, number of pages, etc. We also encourage our clients to upload any relevant information or sources that will help.
Complete the order formOnce we have all the information and instructions that we need, we select the most suitable writer for your assignment. While everything seems to be clear, the writer, who has complete knowledge of the subject, may need clarification from you. It is at that point that you would receive a call or email from us.
Writer’s assignmentAs soon as the writer has finished, it will be delivered both to the website and to your email address so that you will not miss it. If your deadline is close at hand, we will place a call to you to make sure that you receive the paper on time.
Completing the order and download